Saturday, 25 February 2012

Kenapa kahwin awal???

Ni adalah soalan yang dah lali orang tanya..biasa la masyarakat sekarang macam2 kesimpulan diorg buat kalau kahwin awal ni..
ni dialog2 yang sering kite dengar bila masyarakat kita dengar ada pasangan yang ingin berkahwin di usia muda..


Si A: kenapa la mak dia bagi kahwin awal..kalau aku tak bagi ah anak aku kahwin awal..suruh habis belajar dulu..karang belajar pun tah ke mana kahwin awal2 ni..
Si B : tu la gatal sangat nak kahwin..tak sabar langsung..bukan lama pun nak tunggu habis belajar tu..sabar je la..
Si C : entah2 kena tangkap basah kotttt..tu yang nak kahwin awal tu..


haaa..ni la dialog2 yang selalu orang bercakap2 tu..wahai Si A, Si B dan Si C, semua kesimpulan yang anda2 buat semuanya tak betul..


Jawapan bagi Si A
Siapa cakap kahwin awal belajar lagi akan teruk? cube tengok artikel ni..:)


see? siapa cakap lepas kahwin pelajaran lagi merosot? Semua tu terletak pada individu masing2.. kalau kita bertekad dan terus berusaha tak kira la status kita sebagai suami ke isteri ke, bujang ke, kita masih boleh berjaya as long as kita terus berusaha dan tidak mudah putus asa.. Lagi pun dah kahwin kita dah ada someone yang akan sentiasa menyokong jatuh bangun kita nanti..:)  tak ke seronok tu? Dan secara tidak langsung, kita akan lagi rasa eager nak belajar tu..kan?


Jawapan bagi Si B
bukan x sabar.. tapi setiap orang ada impian untuk berubah ke arah yang lebih baik..usia bukan pengahalang bagi seseorang itu nak berkawin.. asalkan dia dah ready untuk menempuh alam perkahwinan, tak menjadi masalah besar bagi seseorang individu itu untuk berkahwin.. Dari kecik sampai ke besar kita sama je..cuma makin besar makin banyak la tanggungjawab kita..so, the conclusion is kalau kita dah ready untuk pikul tanggungjawab tu maknanya kita dah cukup matang untuk usia kita tu..dah boleh berfikir secara matang.. Dan dapat memikul tanggungjawab sebagai suami, isteri dan ibubapa


Jawapan bagi C
Kita hidup ni kena la berfikiran positif.. jangan la suka buat kesimpulan2 yang mendatangkan fitnah kepada orang lain.. Jodoh dan pertemuan di tangan Allah.. Kalau dah sampai seru tu awal, kita patut mendoakan yang terbaik dan tidak cepat membuat andaian2 yang tidak berasas.. Lagi tambah dosa tau menfitnah orang lain dan perkara tersebut tak betul la pulak kan..Sesungguhnya perkahwinan itu membawa banyak keberkatan dalam hidup kita..
Sebagaimana Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)



Antara Hadis Rasulullah S.A.W yang menggalakkan sesiapa sahaja yang mampu berkahwin untuk berkahwin bagi menjaga kehormatan diri dan pandangan.

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"

(riwayat Bukhari dan Muslim)

2 comments:

farhanieza said...

saya nk kawwen...tp xde calon.. hye aliaa!..

farhanieza.blogspot.com

aliaa awatif said...

one day u will syg!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews